Orang Bakhil.

26 10 2007

Dari Abu Bakar r.a.

“Orang bakhil tidak akan terlepas dari kemungkinan mengalami salah satu daripada 7 perkara;”

  1. Apabila dia mati kemudian hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan mempergunakannya ketempat yang menyalahi perintah Allah SWT.
  2. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang zalim, dia akan membinasakannya dengan merampas hartanya setelah menghina dirinya.
  3. Allah SWT meninggikan syahwatnya yang akan merosakkan hartanya.
  4. Timbul fikiranya untuk mendirikan suatu bangunan diatas tanah yang rosak, sehingga hartanya rosak binasa.
  5. Dia ditimpa salah satu dari bencana dunia, seperti hartanya tenggelam, terbakar, kecurian dan lain-lain yang seumpamanya.
  6. Dia ditimpa penyakit yang berpanjangan sehingga dia terpaksa mengeluarkan hartanya untuk mengubatinya.
  7. Dia menanam hartanya di suatu tempat, lalu dia lupa sehingga dia tidak boleh menjumpainya.




Orang yang tergolong sebagai Kafir.

24 10 2007

Sabda Rasullulah SAW:

“Ada sepuluh orang dari umat ini, yang mereka telah tergolong kafir terhadap Allah Yang Maha Agung, sedang mereka masih mengira bahawa mereka orang-orang yang beriman.”

  1. Pembunuh tanpa kebenaran hukum.
  2. Tukang Sihir.
  3. Dayus, Yakni suami yang tidak berasa cemburu terhadap isterinya.
  4. Orang yang menahan mengeluarkan zakat.
  5. Orang yang meminum arak.
  6. Orang yang sudah sampai kewajipan keatasnya untuk menunaikan haji, tetapi dia tidak mahu melaksanakannya.
  7. Orang yang menyebarkan fitnah.
  8. Orang yang menjual senjata kepada musuh.
  9. Suami yang menyetubuhi isterinya dari pintu belakang.
  10. Orang yang menikahi perempuan yang mempunyai hubungan keluarga dengannya yang mana diharamkan mengahwininya.

Jika dia menganggap bahawa semua perbuatan ini hukumnya halal maka, dia telah kafir.





Manusia yang dikutuk oleh Allah dan Rasul.

24 10 2007

Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud:

“Ada enam jenis orang yang aku kutuk dan Allah SWT mengutuk mereka, dan doa-doa semua nabi di perkenankan , iaitu;

  1. Orang yang menambah isi kandungan Al Quran dengan tafsiran dan takwil yang meyimpang.
  2. Orang yang mendustakan takdir Allah SWT.
  3. Orang yang berkuasa suka memaksa dan takkabur, sehingga dia memuliakan orang yang dihina oleh Allah. Dan dia menghina orang yang telah dimuliakan oleh Allah.
  4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT di Mekah.
  5. Umatku yang menghalalkan apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT.
  6. Dan orang yang meninggalkan sunnahku.

Maka Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari akhirat kelak dengan pandangan kasihan.





4 Golongan lelaki yg ditarik masuk ke Neraka

18 10 2007

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka..





PUASA BULAN SYA’BAN

18 10 2007

Rasulullah s.a.w. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban sehingga kadang-kadang baginda menyambungkannya dengan puasa Ramadhan. Ada kalanya baginda berpuasa beberapa hari tanpa berbuka.

Rasulullah s.a.w. tidak pernah berpuasa lebih banyak pada mana-mana bulan seperti puasanya pada bulan Sya’ban, kadang-kadang baginda berpuasa seluruh bulan Sya’ban.

Baginda bersabda: “Lakukan amalan mengikut kemampuan kamu kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak jemu sehinggalah kamu jemu.” Dan baginda sering bersabda: “Amalan yang paling disukai Allah s.w.t. ialah apa yang sentiasa dilakukan oleh seseorang walaupun ianya sedikit.”

Apabila Rasulullah s.a.w. menunaikan satu sembahyang, baginda akan sentiasa mengerjakannya. Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman daripada ‘Aishah bahawa beliau berkata: Rasulullah s.a.w. sering berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak akan berbuka dan tidak berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak akan berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menggenapkan sebulan puasapun melainkan puasa Ramadhan dan saya tidak pernah melihat baginda banyak berpuasa pada satu bulan lebih daripada bulan Sya’ban.





Bacaan Yassin Berlagu

10 10 2007

Bacaan Surah Yassin oleh Hasan bin Abdullah Al Awadh. Ya Allah Moga zurait kami juga dapat membaca Al Quran sama seperti anak ini. Amin.





Kisah Iblis didalam Masjid.

9 10 2007

Diriwayatkan bahawa ketika Rasullulah SAW pergi ke masjid, dan apabila Rasullulah SAW hendak masuk ke dalam masjid maka Rasullulah SAW telah terpandang Iblis yang berada di pintu masuk masjid.

Lalu Rasullulah SAW pun bertanya: “Wahai Iblis! Apa yang kamu buat disini?” berkata Iblis: “Sebenarnya aku hendak masuk ke dalam masjid untuk mengganggu seorang yang sedang sembahyang, tetapi aku takut kepada orang yang tidur dekat dengan orang yang sedang sembahyang ini.”

Kemudian Rasullulah SAW bertanya lagi: “Wahai Iblis kenapa kamu tidak takut kepada orang sedang sembahyang, sedang dia beribadah dan berbisik kepada Allah SWT; dan engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedang dia dalam keadaan lalai?”

Lalu Iblis berkata: “Orang yang sedang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu orang alim; kalau saya berjaya mengganggunya sehingga merosakkan sembahyangnya itu, saya khuatir orang alim itu akan segera memperbetulkan sembahyang orang itu!”