Rahsia 13 Tertib Dalam Solat.

2 10 2007

Ini adalah rahsia As-Solat, sebagai peringatan bagi mereka yang sudah mengetahui ataupun panduan bagi mereka yang baru mengetahuinya:-

  1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
  7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
  9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.





Wanita Harus Bersama Muhrim

2 10 2007

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasuullah SAW bersabda: “Seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tidak boleh melakukan perjalanan sehari semalam, melainkan harus bersama muhrim.”

( Abu Hurairah r.a., )





Adab Sebelum Tidur

2 10 2007

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

  1. Sebelum khatam Al Qur’an.
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….

“Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? ” Rasul tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah :

  1. Surah Al Ikhlas sebanyak tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
  2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
  4. Perbanyaklah bertasbih , bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”
  5. Semoga kita mengamalkan setiap yang diwasiatkan oleh Nabi, sebelum kita tidur agar kita sentiasa tergolong dalam golongan orang yang beriman…. Insyallah.

    -Tafsir Haqqi