Kisah Iblis didalam Masjid.

9 10 2007

Diriwayatkan bahawa ketika Rasullulah SAW pergi ke masjid, dan apabila Rasullulah SAW hendak masuk ke dalam masjid maka Rasullulah SAW telah terpandang Iblis yang berada di pintu masuk masjid.

Lalu Rasullulah SAW pun bertanya: “Wahai Iblis! Apa yang kamu buat disini?” berkata Iblis: “Sebenarnya aku hendak masuk ke dalam masjid untuk mengganggu seorang yang sedang sembahyang, tetapi aku takut kepada orang yang tidur dekat dengan orang yang sedang sembahyang ini.”

Kemudian Rasullulah SAW bertanya lagi: “Wahai Iblis kenapa kamu tidak takut kepada orang sedang sembahyang, sedang dia beribadah dan berbisik kepada Allah SWT; dan engkau takut kepada orang yang sedang tidur, sedang dia dalam keadaan lalai?”

Lalu Iblis berkata: “Orang yang sedang sembahyang itu bodoh dan mudah diganggu, tetapi orang yang sedang tidur itu orang alim; kalau saya berjaya mengganggunya sehingga merosakkan sembahyangnya itu, saya khuatir orang alim itu akan segera memperbetulkan sembahyang orang itu!”


Tindakan

Informasi

Tinggalkan komen